Wednesday, 17 April 2013

Kursus Diploma Pengajian Awal Kanak-Kanak KV Keningau

KENALI PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK KOLEJ KENINGAU

Bidang Pengajian Awal Kanak-kanak (PAK) merupakan salah satu bidang pengajian di Jabatan Hospitaliti Kolej Vokasional Keningau. Kursus imi mula diperkenalkan di SM Vokasional keningau (nama asal) pada tahun 1996 dengan nama Kursus Asuhan Kanak-kanak (AKK).

Disebabkan keperluan kursus ini semakin penting pada masa kini ianya telah dinaiktarafkan ke peringkat diploma pada tahun 2013 dan dipanggil kursus Pengajian Awal Kanak-kanak. Pengajian ini mengambil masa 4 tahun ( 8 semester) bagi membolehkan pelajar memperoleh Diploma Vokasional Malaysia (DVM) sekiranya melepasi syarat di semester 1-4 manakala pelajar yang tidak melepasi semester tersebut atau hanya layak dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia sahaja.  Oleh yang demikian guru-guru yang mengajar bidang ini perlulah mempunyai sijil Kemahiran Malaysia sekurang-kurangnya tahap 3.

MATLAMAT BIDANG PENGAJIAN

1. Matlamat bidang ini mensasarkan 70% pelajar akan memasuki bidang pekerjaan dan 20% akan
    memasuki intitusi pengajian tinggi dan 10% lagi menjurus menjadi usahawan.

2. Memberi pengetahuan , kemahiran dan nilai-nilai murni dalam bidang Sains Kemanusiaan
    khususnya dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

3. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

OBJEKTIF

1. Pelajar lepasan kursus ini akan mendapat sijil kemahiran tahap 1 & 2 (semester 1-4) dan Diploma
    Vokasional Malaysia (jika pelajar lulus sehingga ke semester 8).

2. Pelajar mendapat kemahiran hands on semasa dalam latihan industri yang mana pelajar
    ditempatkan di Taska untuk menjalankan aktiviti dengan kanak-kanak.

3. Memberi peluang kerjaya kepada pelajar selepas tamat pengajian dari kolej dalam bidang yang
    berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak

4. Memberi peluang kepada pelajar mengikuti bidang yang sama di peringkat pengajian tinggi
    samada di IPTA atau IPTS


ANTARA PELUANG KERJAYA 

* Pengusaha/ Usahawan
* Penulis buku perkembangan kanak-kanak/buku cerita kanak-kanak dsb
* Pengurus Taska/ Tadika
* Pendidik Kanak-kanak
* Guru Tadika
* Pengasuh Taska


CARA MEMOHON

1. Layari laman web rasmi kementerian Pelajaran Malaysia di
    http://www.moe.gov.my/

2. Atau secara manual dengan mengisi borang permohonan kemasukan ke kolej Vokasional
    Keningau  yang boleh diperolehi di pejabat kolej Vokasional Keningau di seluruh Malaysia pada
    setiap hujung tahun.


JANGAN LEPASKAN PELUANG JIKA ANDA....


@ Suka akan kanak-kanak
@ Mahu menjadi pendidik kanak-kanak
@ Ingin mempunyai Taska / Tadika sendiri
@ Ingin menjadi usahawan yang berjaya dalam bidang kanak-kanak.


KETERANGAN LANJUT BERKAITAN BIDANG INI SILA HUBUNGI..

Kolej Vokassional Keningau
Beg berkunci no 4
89009 Keningau, Sabah
Tel : ( 087-331091) Fax 087-335451

atau

Berhubung terus kepada pensyarah-pensyarah subjek yang berikut
 Pn. Mary Gorrete (019-8723231) dan Cik Kilin ( 087-331091)
 atau pakkvkeningau.blogspot.com








.
.






3 comments: